(Video) Bayi Didera:  Polis Mohon Bantuan Maklumat Dari Orang Awam

34626

Penderaan kanak-kanak bukanlah suatu isu yang baharu di Malaysia bahkan telah menjadi isu yang membelenggu masyarakat di negara kita.

Jika diselak dada akhbar, kita akan mendapati bahawa bilangan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia terus meningkat tanpa titik noktahnya bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Semalam dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu (1) klip video yang tersebar di media sosial memaparkan insiden di mana seorang kanak-kanak telah dipukul dan didera oleh seorang wanita.

Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Menurut PDRM setakat ini masih belum ada sebarang laporan polis yang diterima mengenai kejadian tersebut.

Jika anda semua mempunyai maklumat tentang kes penderaan bayi ini mohon cepat maklumkan kepada pihak polis agar kanak-kanak ini berada dalam keadaan selamat.

Sumber: Facebook

Comments

comments