(Video) Bayi Hisap Vape Macam Pakar Dikecam Netizen

1498

Vape atau rokok elektronik adalah trend semasa dalam kalangan masyarakat. Aliran semasa penggunaan vape disebarkan secara meluas melalui media sosial.

Keadaan ini ditambah pula dengan kemudahan untuk mendapatkan alat vape dan cecair isian semula, baik daripada penjual di tepi jalan mahupun pembelian secara atas talian serta kewujudan kafe bertemakan vape.

Pengunaan vape juga bukan hanya untuk golongan dewasa, malahan golongan pelajar sekolah juga sudah tidak malu untuk mencuba. Ini juga amat memimbangkan, kerana pada usia muda mereka berani mencuba vape.

Baru-baru ini tular di media sosial, bayi yang berusia 2 hingga 3 tahun dilihat sedang menghisap vape.

Seorang doktor dan pakar perubatan iaitu Dr. Khairul Hafidz memuat naik video seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun sedang menghisap vape.

Apa yang mengejutkan ramai, tiada sesiapa yang melarang dan mengambil tindakan sebaliknya merakam perbuatan anak kecil itu.

Ternyata ibu bapa bayi ini kelihatan bangga dengan tindakan anak mereka semasa menghisap vape walaupun menyedari perbuatan itu tidak sihat.

Menurut Dr Khairul, kejadian ini amat menyedihkan.

“Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa? Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka? Sayangi keluarga kita, sayangi anak-anak kita.”

Rata-rata netizen yang melihat video bayi ini marah dengan tindakan ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab.


Semoga perkongsian hari ini dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana.

 

Sumber: Twitter

Comments

comments