(VIDEO) Bermodalkan RM40, Wanita Ini Ajar ‘Upgrade’ Meja Makan Untuk Tampak Lebih Mewah

wanita upgrade meja makan biasa kepada meja makan marble

Meja makan adalah perabot yang wajib ada di rumah dan kebiasaannya tuan rumah akan membeli design meja makan mengikut citarasa masing-masing. Pelbagai jenis tema meja makan yang boleh dibeli di kedai perabot.

Meja makan tidak digalakkan untuk selalu ditukar kerana harganya yang agak mahal dan ini membuatkan tuan rumah untuk membeli meja yang boleh dipakai dalam jangka masa yang lama. Namun, tahukah anda, meja makan yang lama boleh ditukar menjadi baru dengan kos yang rendah dan berpatutan.

Terbaru, seorang pengguna Tik Tok telah berkongsi cara beliau upgrade meja makan rumahnya dengan hanya menggunakan wallpaper kalis air. Jimat, bukan?

Wanita yang dikenali dengan nama @faya_gudeyh memilih untuk mengubah meja makan mengikut citarasanya untuk kelihatan lebih moden dan mewah dengan kos hanya RM40.

Advertisement

Menerusi perkongsian video di Tik Tok, Faya membersihkan permukaan meja sebelum menghamparkan wallpaper kalis air itu. Kemudian, digosok-gosok di sekitar permukaan itu supaya tiada kesan gelembung. Hasilnya sangat cantik dan nampak mewah.

@faya_gudeyh? Classic Remix – Mini?????

SUMBER 

 

Comments

comments

SOURCETik Tok