(VIDEO) Buat Air Koktail Dalam Mangkuk Tandas, ‘White People’ Ini Dikecam Warganet!

koktail dalam tandas / mangkuk tandas

Cabaran media sosial kini pastinya berbeza dengan zaman dahulu kan? Ramai orang yang sudah berani melakukan sesuatu yang pelik hingga tak terjangkau dek akal.

Jika difikir-fikir, mungkin mereka mahu mengejar populariti. Sepertinya pengaruh populariti itu lebih penting berbanding nama yang akan tercalar akibat perbuatan sendiri. Apa kes ni?

Baru-baru ini tular ni laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang cuba membuat minuman koktail didalam mangkuk tandas untuk dihidangkan kepada tetamu.

Walaupun video itu mendapat tanda retweet yang banyak, wanita itu juga turut mendapat kecaman yang agak teruk. Bukan apa, tandas itu kan tempat untuk kita membuang kotoran. Tetapi wanita ini pula guna nak buat minuman. Pelik!

Nak dijadikan cerita, mereka bukan sahaja membawa bahan-bahan ke tandas, malah turut mencampurkan semua bahan seperti gula-gula dan aiskrim ke dalam lubang tersebut.

minuman koktail dalam mangkuk jamban

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, air bikarbonat juga dituang di bahagian atas yang sepatutnya dijadikan tempat ‘flush’. Fuh bukan biasa biasa!

Video itu juga menyaksikan wanita itu yang kemudiannya menekan ‘flush’ tersebut dan kelihatan air memenuhi ruang mangkuk tandas tersebut.

Si perakam pula kelihatan begitu teruja sebelum minuman itu disenduk ke dalam gelas untuk diminum.

koktail dalam mangkuk jamban

Menerusi ruangan komen, rata-rata nya tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini dan meminta untuk segera berhenti. Pun begitu, ada juga komen yang ditujukan kepada ‘white people’.

“Sangat membazir!”

“Saya rasa macam nak menangis tengok semua ni”

Agaknya apalah rasanya tu? Masih tak boleh nak hadam rasanya tu, mungkin akan muntah dulu sebelum minum.

Sama-samalah kita ambil iktibar terutama umat Islam ya, jangan terlalu kejarkan perkara ‘unik’ sampai lupa akan kebersihan yang sepatutnya dijaga, bukan dicemari.

SUMBER

Comments