(VIDEO) Campuran Itali Dan Thai, Resipi Pasta Tom Yam Mudah Pikat Selera Si Dia

Resipi Pasta Tom Yam.

Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian budaya dan setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Sudah menjadi lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baharu, apatah lagi jika ianya jarang dimakan atau dijamah oleh penduduk di negara ini.

Untuk mempelbagaikan jenis makanan yang kena dengan selera tekak masing-masing, satu resipi baharu telah diperkenalkan oleh seorang individu di Tik Tok. Mungkin ada di antara kita yang tidak dapat menerima campuran dua negara ini namun ianya bergantung kepada proses memasak dan selera tekak masing-masing.

Apa akan terjadi bila Itali bertemu Thai? Semestinya anda akan mendapat paduan rasa pedas dan masin yang sangat romantis seperti yang ditunjukkan oleh resipi Pasta Tom Yam ini. Sekali cuba pasti akan jatuh cinta dengan hidangan fusion ini.

Bahan-bahannya amat mudah di mana anda hanya memerlukan pasta, mentega, bawang, daun limau purut, tomato, udang dan beberapa bahan lain serta paling penting ialah pes tom yam yang enak.

Advertisement

Mula-mula, masak pasta dalam air panas dan toskan. Kemudian panaskan api dan masak kuah tom yam yang tidak terlalu cair supaya senang pasta untuk menyerap ke dalam kuah. Tonton video di bawah untuk lebih mudah faham.

@hamdanmubarak95Menu yang korang patut cuba harini ialah Pasta Tomyam ? ##myFoodie? Cancion del Mariachi (From: “Desperados”) – Guitareos

SUMBER

 

 

SUMBERTik Tok

Comments