(VIDEO) Cara Organik Racun Rumput Liar Di Halaman Rumah

Cara racun rumput.

Bagi anda yang mempunyai laman luas, pasti antara ancaman utama adalah rumput. Musim hujan biasanya rumput akan tumbuh dengan lebih cepat berbanding musim panas. Jika dibiarkan ia boleh mengundang binatang berbisa seperti ular dan serangga berbahaya.

Jika anda mempunyai kebun buah-buahan, tanaman akan terbantut oleh kerana rumput rumpai yang lebih tinggi. Ia seperti melambatkan proses tumbesaran tanaman anda.

Jadi, untuk meracun rumput rampai tersebut dan tak perlu susah-susah upah tukang potong rumput, anda boleh menggunakan cara meracun rumput dengan mudah secara organik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 KG garam kasar
  • 4 liter air
  • Penyiram pokok bunga

Campurkan garam bersama air dan panaskan di atas api supaya garam menjadi larut. Bila garam sudah larut, tutup api dan biarkan seketika supaya ia sejuk. Kemudian, masukkan air ke dalam bekas penyiram pokok bunga dan siramkan ia di atas rumput-rampai yang degil. Hasilnya dapat dilihat selepas 24 jam. Cubalah…

Advertisement
@danialsany1 kg garam : 4 liter air##fyp? ##tiktokmalaysia ##pertanianmalaysia ##pertanianadalahperniagaan ##petanimuda ##abangjagungdatang???? ##abangjagung

? Wake Up in the Sky – Gucci Mane & Bruno Mars & Kodak Black

SUMBER

SUMBERTik Tok

Comments