(Video) COVID-19: Petugas Kesihatan Di Malaysia DIY Beg Plastik Sebagai Ganti PPE

Gambar Hiasan

Penularan wabak COVID-19 telah memberi perubahan yang ketara kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mana tidaknya, kini para petugas ada yang terpaksa bekerja lebih daripada 24 jam. Pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan oleh petugas kesihatan dalam merawat pesakit COVID-19 terutama sekali dalam penjagaan diri sebagai langkah perlindungan diri daripada dijangkiti.

Baca: “Sampai Tak Makan”, Doktor Ini Kongsi Apa Yang Berlaku Di Khemah Saringan COVID-19 Setiap Hari

Tular baru-baru ini satu video menunjukkan petugas kesihatan di hospital yang merawat pesakit COVID-19 sedang membalut diri mereka dengan plastik beg untuk melindungi diri dari virus tersebut.

Menurut sumber, para doktor dan jururawat di hospital tersebut sudah tidak mempunyai pilihan lain selain membuat sendiri (DIY) peralatan perlindungan peribadi (PPE) mereka kerana berlaku kekurangan bekalan di hospital dan mereka juga menerima pesakit yang COVID-19 setiap masa.

Menurut seorang petugas kesihatan di sana, hospital mereka semakin terjejas dengan wabak tersebut. Hal ini, sangat membahayakan para petugas di sana. Difahamkan, permohonan segera bekalan PPE ini telah pun dibuat.

Menurut pakar Datuk Dr Musa Mohd Nordin dan Datuk Dr Zulkifli Ismail, mendedahkan bahawa hospital besar seperti Hospital Sungai Buloh sahaja yang mungkin mempunyai bekalan PPE yang mencukupi setakat ini. Mereka turut mengesa agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih teruk apabila ramai orang datang ke untuk menjalani pemeriksaan dan dimasukkan ke dalam hospital.

Selain kekurangan PPE, negara kita juga kini kekurangan ventilator atau katil Unit Rawatan Rapi yang cukup untuk merawat pesakit Covid-19.

Sumber

Comments

comments