(Video) DBKL Selar IG ‘Influencer’ Rosakkan Tanaman Di River Of Life Ketika Penggambaran

Pengasas bersama jenama fesyen Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman dan model Iman Alyssa Sahabudin dipanggil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah video mereka merosakkan harta benda awam ketika melakukan penggambaran, dimuat naik ke laman sosial.

Nur Liyana berkongsi klip pada Sabtu lalu di Instagramnya yang menunjukkan model Iman Alyssa berbaring di atas pokok renek semasa mengambil gambar berhampiran projek River of Life (RoL) di pusat bandaraya.

“Perempuan memang gigih dalam semua perkara atau gigih untuk bergambar je? Perempuan sanggup buat apa je untuk dapatkan gambar lawa kan. Hehe. Betul pepatah cakap , hidup perlukan PENGORBANAN.”

Nur Liyana menulis caption di Instagramnya yang mempunyai lebih daripada 1.2 juta pengikut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DESIGN LETOPS NO1 MALAYSIA (@leeyanarahman.co) on

Ketika Iman berbaring, terdengar bunyi yang kuat dari dahan, menyebabkan Iman dan mereka yang ada di sana tertawa riang sebelum menariknya untuk bangun kembali.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mendapat perhatian DBKL dan pasukan RoL yang menyiarkan semula video Nur Liyana ke laman media sosial mereka.

“Tidak kira anda siapa atau apapun tujuan anda, anda telah melakukan kesalahan.”

RoL juga memberitahu Nur Liyana dan krewnya agar bersiap sedia untuk dikompaun kerana telah merosakkan tanaman hijau di situ.

Rata-rata netizen juga turut menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Mereka meminta agar pihak DBKL mengenakan denda dan tindakan tata tertib yang sewajarnya.

Di harap semua pihak dapat mengambil iktibar tentang perkara ini. Tanaman dan tumbuhan yang ditanam di sekitar ibu kota merupakan aset yang perlu dijaga bersama.

Comments

comments