(VIDEO) Dianggap Gila Habiskan 24 Tahun ‘Hijaukan’ Bukit, Warga Emas Kini Tersenyum Bangga

warga emas tanam pokok

Warga emas yang pernah dianggap gila oleh penduduk kampungnya kini tersenyum gembira apabila dapat melihat kampung halamannya kekal hijau dengan tanaman dan pepohon sihat.

Sadiman pernah dianggap gila kerana menanam pokok tanpa henti di sebuah bukit Wonogiri, Jawa Tengah sejak 24 tahun lalu.

Menurut Detik News, kira-kira 11 ribu pokok beringin dan pokok ara yang ditanam di kawasan seluas 250 hektar dapat membantu mengumpulkan air bawah tanah dan mencegah hakisan di kawasan tersebut.

Berkat Usaha keras Sadiman yang juga mesra disapa ‘mbah’, sejumlah mata air muncul di kawasan tandus dan gersang itu. Kini, jelas dapat dilihat air mengalir melalui rumah penduduk dan tanah pertanian tempatan.

Advertisement

“Orang mengejek saya kerana membawa biji pohon beringin ke kampung, mereka merasa tidak selesa kerana mereka percaya ada makhluk halus pada pohon itu”.

Menurut salah seorang penduduk di kampung yang dikenali Warto mengatakan ada orang kampung menganggap Sadiman gila kerana dia menukar kambing dengan benih pohon beringin.

“Dahulu, orang mengatakan dia gila, miliki kambing tapi ditukar dengan benih pohon beringin, tetapi sekarang penduduk dapat menikmati hasilnya, mereka memperolehi air yang mencukupi”.

warga emas tanam pokok

Tambahan, Sadiman juga menanam pokok cengkih dan nangka yang boleh dijual olehnya.

“Saya harap penduduk di sini dapat hidup dalam kesejahteraan dan hidup bahagia, jangan membakar hutan secara berterusan”.

SUMBER

 

 

Comments

comments

SOURCESiakapKeli