(Video) Dikhuatiri Ajaran Sesat, Netizen Minta Pihak Berkuasa Segera Buat Siasatan

23567

Tidak pasti sejauh mana kesahihan video yang tular ini namun ramai netizen yang melahirkan rasa bimbang dan ragu-ragu. Baru-baru ini video jemaah di surau yang berkelakuan aneh sambil berzikir mencetuskan kembimbangan masyarakat.

Video di sebuah surau di Jerantut, Pahang itu dipercayai merupakan sekumpulan ajaran sesat. Namun tiada sumber yang sahih mengenai perkara itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin memaklumkan pihak mereka akan melakukan siasatan secara terperinci memandangkan video itu telah tersebar dengan meluas dalam masyarakat.

“Saya nasihatkan orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi.”

Diharapkan perkara ini mendapat siasatan segera daripada pihak yang berkaitan supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dalam masyarakat.

Sumber: Kosmo

Comments

comments