Video Dipercayai di Sebuah Mahkamah di Banting, Selangor – Netizen Luahkan Rasa Kecewa Melihat OKT Dipukul

police brutality

Sebuah video yang berdurasi 3 minit tular di laman sosial yang merakamkan situasi di sebuah Mahkamah yang terletak di Banting, Selangor.

Video tersebut yang dimuat naik melalui laman Instagram ini menggambarkan OKT yang dipercayai sedang menunggu untuk dibicarakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suriya Naraayanan (@suriya_17)

Jelas tuan punya akaun instagram tersebut juga, video ini harus dilihat dari segi kekejaman pihak polis dan bukan dari segi perkauman.

Advertisement

Rata-rata netizen di ruangan komen berpendapat bahawa mungkin ada cerita disebalik video tersebut dan tidak ingin membuat andaian terlalu awal. Tidak kurang juga mereka yang meluahkan rasa kecewa dan marah kerana OKT tidak sepatutnya dilayan seperti binatang.

Video yang menggambarkan OKT yang sedang bercangkung di koridor sebuah Mahkamah di Banting, Selangor ini telah meraih hampir 1 juta tontonan.

Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan setakat ini oleh pihak PDRM.

Sumber : Instagram

Comments

comments