(VIDEO) “Doremon Ke Ni” – Gelagat Cikgu Yang Lama Tak Jerit Buat Netizen Terhibur!

Sumber: Tiktok

Umum sedia maklum bahawa sesi persekolahan secara bersemuka telah pun bermula. Kebanyakan guru pun kelihatan lebih lega kerana dapat berjumpa dengan anak didik kan.

Namun, pelbagai jenis cikgu yang ada kan, contohnya jenis kuat bebel lah, suka menjerit lah, macam-macam! Yang pasti, momen tersebut akan dirindui bila dah habis sekolah nanti, betul tak?

Tular baru-baru ini dilaman sosial Tiktok mengenai gelagat seorang cikgu dikenali sebagai Puan Annetta yang lepas gian sebab dah lama tak jerit. Fuh steady cikgu!

Lebih menghiburkan, anak muridnya turut menyakat untuk adakan Google Meet dan kelas malam kerana lebih bersemangat kononnya. Haa mendapat la dengan cikgu balik. Haha!

“Lama cikgu tak jerit, nak google meet pulak!”

@annetta_zaitylama cikgu tak jerit?… aikk nak googlemeet pulak ehh..? bunyi asal – annetta_zaity

Advertisement

Sebelum video berakhir, cikgu ini sempat ‘memerli’ anak muridnya yang sentiasa mengegurnya di aplikasi WhatsApp untuk bertanyakan soalan. Haha aduh adik..

“Nanti dia WhatsApp saya malam-malam, macam-macam halnya ye Syahmi Harun! Nanti cikgu nak tukar nombor telefon lah”

Yang buat geli hati tu, ada juga netizen yang menyamakan suara cikgu ini dengan watak kartun.

Sumber Tiktok

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat cikgu ini. Kata mereka, cikgu ini sangat bertenaga sampai ada yang kata kalau suara macamni, kelas sebelah pun faham. Adoi.

Sumber : Tiktok

Kelihatan warga Tiktok juga merindui saat-saat begini ketika mereka di sekolah dahulu. Wah imbau kenangan ye..

Sumber : Tiktok

Apa-apapun, tak kisahlah macam mana pun gelagat guru, anak murid mestilah patuh pada arahan ya, tanpa mereka siapalah kita. Semoga guru-guru di Malaysia terus cekal dalam menyampaikan ilmu berguna buat anak didik.

SUMBER

SUMBERTiktok

Comments