(Video) Dua Remaja Penuhkan Kereta Dengan Koala, Bantu Selamatkan Mereka Dari Kebakaran Hutan Australia

koala australia

Kebakaran hutan yang berlaku di Australia sejak September lalu adalah yang paling teruk sekali di dalam sejarah negara itu. Sebanyak 500 juta haiwan yang terkorban di dalam musim kebakaran kali ini dengan kemusnahan beribu buah rumah.

Baca: Fakta Ringkas Tentang Kebakaran Hutan Di Australia Yang Telah Mengorbankan 500 Juta Haiwan

Koala yang merupakan haiwan ikonik negara itu mengalami penurunan populasi yang drastik terutamanya yang berada di kawasan Kangaroo Island. Di sebalik insiden hitam ini, dua remaja lelaki nekad menyelamatkan koala yang masih hidup dengan kereta dinaiki mereka.

koala

Advertisement

Remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun iaitu Micah dan Caleb berjaya mengumpulkan kira-kira 20 ekor koala yang mengalami kecederaan teruk akibat kebakaran itu. Mereka terpaksa mengutamakan koala dengan kecederaan teruk dan meninggalkan koala yang berada dalam keadaan lebih baik.

Hampir separuh daripada kawasan Kangaroo Island musnah akibat kebakaran dan dianggarkan lebih 20,000 koala yang terkorban. Koala yang berjaya diselamatkan kemudian dibawa ke pusat menyelamat dan diberikan rawatan.

koala

Dalam 60 peratus koala di situ telah mati hangus terbakar di dalam kebakaran. Manakala satu perlima dari koala yang diselamatkan, mati pada hari pertama diselamatkan kerana kecederaan yang serius.

Mereka terpaksa memilih dan mengutamakan koala yang memerlukan rawatan segera. Untuk koala yang tidak mempunyai kesan melecur yang teruk dan masih lagi aktif, terpaksa ditinggalkan di sana.

Agak mustahil untuk mereka menyelamatkan kesemua koala yang masih hidup sekaligus. Tindakan mulia dua remaja ini mendapat perhatian ramai selepas video rakaman ini dimuatnaik.

Artikel berkaitan: Penternak Lembu Terpaksa Tamatkan Nyawa Haiwan Ternakan Yang Melecur Teruk Akibat Kebakaran Di Australia

Comments

comments