(VIDEO) Enggan Periksa Suhu Badan, Pelanggan Tampar ‘Pak Guard’ Sehingga Pengsan

Pemeriksaan suhu badan di setiap pintu masuk sesebuah premis merupakan satu peraturan wajib yang perlu kita ikut selain menulis nama atau scan QR MySejahtera.

Walaubagaimanapun, terdapat lagi individu yang masih tidak melakukan perkara ini kerana menganggap ianya adalah sesuatu yang leceh.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang bertengkar dengan seorang pelanggan di sebuah pasaraya.

 

Advertisement
@ashhpopo@tescomalaysia #fyp #kotabharu #tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.

? original sound – ashhpopo

Ianya bermula apabila pelanggan tersebut disuruh pengawal keselamatan disitu untuk memeriksa suhu badan sebelum masuk ke pasaraya berkenaan. Walaubagaimanapun, pelanggan tersebut enggan untuk lakukannya dan menampar pengawal keselamatan itu sehingga pengsan. Kurang ajar betul!

Menerusi video berkenaan, difahamkan yang pelanggan tersebut terus melarikan diri selepas kejadian itu berlaku tetapi nombor pendaftaran kenderaan pelanggan semoat diambil si perakam video.

Sumber

Comments