(VIDEO) Gagal Lunas Hutang, Wanita Bertindak Bakar Motosikal Milik Bekas Suami

Bekas isteri berang

Berang kerana gagal menjelaskan hutang saudaranya, seorang wanita bertindak membakar motosikal milik bekas suaminya hingga menjejaskan beberapa motosikal yang lain.

Wanita itu kemudiannya ditahan di sebuah lot parkir di Bangkok pada Isnin.

Menurut National Thailand, terdapat lima lagi motosikal lain terbakar di lokasi kejadian.

Hasil rakaman CCTV mendapati kelibat wanita itu menuang minyak di atas sebuah motosikal dan menyalakan api sebelum melarikan diri menaiki sebuah teksi.

Api kemudiannya merebak kepada lima lagi motosikal yang diletakkan berhampiran.

Advertisement

Tambah portal itu, pemilik motosikal berkenaan mengesyaki pelaku merupakan bekas isterinya sendiri yang telah berpisah tiga bulan lalu.

Suspek dikatakan telah bersembunyi di dalam almari miliknya ketika ditemui pihak polis.

Setelah ditahan, wanita itu mengaku bertanggungjawab atas tindakan tersebut.

Pun begitu, dia turut mendakwa dia berbuat demikian kerana bekas suaminya telah memungkiri janji untuk menjual motosikal tersebut bagi menjelaskan hutang saudaranya.

Selain mengaku telah berniat untuk menyerah diri kepada pihak polis, dia juga telah didakwa atas tuduhan merosakkan harta benda orang lain.

Tak pasal-pasal ya..apa pun, semoga semuanya dapat diadili sebaiknya.

SUMBER

Comments