(Video) Gelagat Kanak-Kanak Mencampak Kon Ais Krim Membuat Ramai Netizen Terhibur

Kita semua pasti pernah mendengar tentang ais krim Turki bukan? Ais krim Turki sangat terkenal dengan trik persembahannya yang tersendiri. Persembahan yang dilakukan yang bertujuan untuk menghiburkan pelanggan bagaikan menjadi satu perkara wajib dilakukan buat penjual ais krim kepada pelanggan mereka.

Sebelum ini beberapa video mengenai persembahan dari penjual ais krim Turki telah menjadi viral gara-gara persembahannya yang sangat menguji kesabaran dan respon pelanggan yang membuatkan kita ketawa, tapi kali ini lain ceritanya.

Satu video yang dipercayai telah dimuat naik oleh seorang lelaki di Twitter. Video tersebut memaparkan seorang lelaki sedang meniru aksi penjual ais krim Turki sambil mengusik tiga orang kanak-kanak. Namun reaksi seorang kanak-kanak mencampak kon ais krim berjaya mencuit hati orang ramai.

Berikut adalah video yang dimuat naik:

Advertisement

Menerusi ruangan komen menurut lelaki tersebut, beliau mengambil masa yang lama untuk memujuk semula kanak-kanak itu.

“Untuk pengetahuan semua, lepas aku kutip cone tu, aku terus bagi ice cream yg dah siap tu kat dia tapi lama jugaklah dia merajuk dengan aku.”

twitter

Rata-rata netizen turut terhibur dengan kanak-kanak ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

twitter

twitter
twitter
twitter
Apa pendapat korang tentang video ni? Jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Comments

comments