(Video) Gelagat Si Cilik Bantu Ibu Berniaga Tarik Perhatian Warganet

Ringan tulang, itulah yang boleh digambarkan oleh seorang kanak-kanak yang rajin membantu ibunya ketika berniaga nasi goreng di salah sebuah warung di Kalimantan Tengah, Indonesia.

Video yang dimuat naik di laman TikTok menerusi akaun @founderqueenoil itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang membantu ibunya berniaga dengan membawa mangkuk dan gelas kotor ke belakang.

@founderqueenoil

Sehat terus adek #foryoupage #fyp??? #fyp #fyp?

? lagunya begini nadanya begitu cover aci – nona saidah

Pemilik akaun yang dikenali sebagai Siti Anisah, 23, memuji tindakan kanak-kanak itu yang membantu ibunya walaupun di usianya yang masih kecil.

Advertisement

“Comelnya! Masih kecil lagi sudah bantu orang tua berniaga. Ajak main sekali tapi malu-malu. Semoga jadi anak yang baik ya” 

@founderqueenoil

Balas @riaess_tryy aku lupa masukin video ini. Gemes bgt sumpah dia kami godain terus soalnya?, jadi malu2 gitu tiap lewat

? Love Yourself – Alex

Gadis itu datang bersama kawannya buat pertama kali di warung itu dan kelihatan masih ada ruangan meja makan yang masih belum dibersihkan, jadi pemilik warung datang untuk membersihkannya.

Pada awalnya dia tidak menyedari tentang kanak-kanak tersebut sehinggalah dia datang daripada ruangan belakang untuk membantu ibunya membersihkan meja.

Walaupun hanya dapat menolong sedikit saja tapi gelagat kanak-kanak yang tidak sengaja dirakam oleh gadis itu membuatkannya terharu dan menyatakan kanak-kanak seperti ini susah ditemukan.

Sumber

Comments

comments