(VIDEO) Guru Lawat Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Undang Sebak Orang Ramai

guru lawat rumah pelajar

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mengundang sebak warga netizen dek usaha seorang guru yang sanggup melawat pelajarnya yang tinggal di bawah jambatan tepi sungai.

Situasi yang serba daif itu disambut si bapa dengan ucapan yang sangat menyentuh hati.

“Masuklah, kotor sikit cikgu..”

Difahamkan, guru itu melawat untuk melihat persekitaran sebelum mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Memetik laporan Metro, kawasan tempat tinggal terletak di jambatan di Kampung Sedeng.

Lelaki berusia 35 itu telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita mualaf berusia 30 tahun berkenaan pada Disember lalu.

Advertisement

Terpanggil dengan isu ini, pihak JKM bersama pemimpin setempat dengan persetujuan keluarga ini bersepakat memberi penempatan baru yang berdekatan dengan tempat kerja lelaki berkenaan.

“Mereka diberikan bilik sewa yang terletak di tingkat atas bangunan kedai di bandar Segamat yang turut mendapat persetujuan daripada pemilik bangunan”

Di samping itu, JKM turut mempertimbangkan bantuan bulanan berjumlah RM300 selama setahun di bawah skim bantuan am.

Alhamdulillah, semoga bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit beban mereka.

SUMBER

 

Comments