(VIDEO) Hadiah Misteri Dalam Dessertbox, Lelaki Ini Tak Sangka Dapat 0.5 Gram Emas

Setiap individu pasti ingin berkongsi kebahagian bersama dengan orang. Tak kisah dalam bentuk wang ataupun cara lain sudah pasti akan ada individu lain yang akan bahagia jika kebahagiaan itu dikongsi bersama.

Macam yang berlaku dengan seorang lelaki di Indonesia ini, dia ada membuat pesanan untuk beberapa set dessertbox menerusi pembelian secara online. Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, dia telah memsan empat set dessertbox dan ingin dikongsikan bersama ibu dan penghantar makanan yang menghantar makanannya.

@amritsaraje

this is seriously fun! Kalian cobain kayak gini deh gaes pasti happy banget #dessertboxisiemas #bittersweetbynajla #bittersweet @bittersweetbynajla

? original sound – Amritsa Raje – Amritsa Raje

Katanya, setiap set dessertbox ada yang ‘tersembunyi’ dan salah satunya ialah emas. Rezeki kepada lelaki penghantar makanan apabila dia membuka dessertbox berkenaan, dia menjumpai 0.5 gram emas di dalam dessertbox itu.

Advertisement

Dia tidak menyangka yang di dalam bekas makanan berkenaan terdapat emas seberat 0.5 gram. Untuk memastikan hal tersebut, dia berkali-kali bertanya kepada lelaki yang membuat pesanan berkenaan.

“Ini betul emas?”

“Ya, ini betul emas”

Tanpa berfikir panjang, lelaki berkenaan terus sujud syukur kerana tidak percaya bakal mendapat rezeki seperti ini.

Bukan itu sahaja, wanita yang merupakan ibu kepada pemilik akaun berkenaan juga turut mendapat ‘hadiah’ daripada dessertbox iaitu sejumlah wang.

Video yang meraih hampir 12 juta tontonan di TikTok itu cukup menarik perhatian netizen dan mereka juga berharap dapat menjadi orang yang bertuah untuk mendapatkan ‘hadiah’ di dalam dessertbox berkenaan.

Sumber 

SUMBERTikTok

Comments