(Video) Hilang Kawalan, Lelaki Maut Selepas Rempuh 3 Kenderaan

Viral di media sosial rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta merempuh tiga kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat. Kejadian yang berlaku di Bayan Lepas Pulau Pinang ini menyebabkan pemandu kenderaan maut.

Memetik laporan Harian Metro, tiga lagi lelaki cedera selepas dirempuh kenderaan mangsa yang hilang kawalan di persimpangan Jalan Sultan Shah dan Jalan Tengah.

Menerusi rakaman dashcam yang dimuatnaik Penang Kini, kelihatan kereta Suzuki Swift berwarna merah datang dari arah belakang melanggar Myvi yang berhenti di lampu isyarat. Rempuhan yang kuat menyebabkan kereta berpusing.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden AA Anbalagan, pemandu kereta berkenaan yang berusia 30 an mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kereta dipandu lelaki berkenaan merempuh bahagian belakang Perodua Myvi dan Toyota Vios serta motosikal.

Akibat rempuhan itu, pemandu kereta berkenaan parah di kepala, namun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).”

Tambahnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan, tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Comments

comments