(VIDEO) Ini 3 Langkah Mudah Untuk Cari Permulaan Muka Surat Bagi Setiap Juzuk

Kenalpasti permulaan muka surat setiap juzuk

Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam juga dituntut untuk melipatgandakan ibadah harian. Selain dapat mengumpul pahala berpanjangan, diri kita pun akan lebih dipelihara dengan perkara yang bermanfaat.

Jika diperhatikan, sebenarnya ramai yang sudah memasang niat untuk khatam Al-Quran sepanjang Ramadan ini.

Bukan itu sahaja, ibadah seperti bangun qiamulail, solat sunat, bersedekah atau menziarahi orang miskin juga besar ganjarannya kan.

Berbalik mengenai niat untuk Khatam Al-Quran, sebenarnya ada satu cara mudah yang boleh diaplikasikan tau. Jom kita pelajari bersama.

  •  hari 1 juzuk
  • 1 juzuk = 20 muka surat
  • 20 muka surat dibahagikan 5x solat fardhu = 4 muka solat per waktu

Dengan cara ini, ibadah kita pun akan lebih tersusun dan terjaga. Ikutlah pada masa masing-masing supaya lebih fleksibel ya.

Pun begitu, dah tahu sifir, pasti lebih mudah jika kita tahu permulaan bagi setiap juzuk Al-Quran kan?

Advertisement

Bukan apa, memandangkan helain Al-Quran ini mempunyai ribuan muka surat, pastinya akan memakan masa jika kita mahu selak semula secara rambang.

Formula yang dikongsi Idris_Shamsuddin ini dapat membantu umat Islam untuk lebih praktikal dalam membaca dan mencari juzuk pilihan. Ikuti 3 langkah mudah ini.

@idris_shamsuddinFormula mudah untuk mencari permulaaan muka surat bagi setiap juzuk dalam Al-Quran. Semoga bermanfaat ???? #ramadanmubarak #alquran #fyp

? original sound – Idris Shamsuddin

Mudah kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, harapnya bulan Ramadan ini mendorong kita semua untuk melakukan kebaikan dalam mengejar ganjaran pahala ya. In Shaa Allah. Selamat beramal!

SUMBER

 

Comments

comments

SOURCETiktok