(Video) “Ini Kotor Tahap Apa Dah Ni”, Tikus Tergantung Atas Ayam Di Kedai Makan

Masalah kebersihan di kedai makan memang selalu menjadi salah satu faktor ramai yang memilih untuk makan di rumah. Tapi kadang-kadang memang tak ada pilihan lain selain makan di restoran luar. Sebelum ini, sebuah restoran tomyam tular di media sosial yang terpaksa ditutup kerana terlalu kotor!

Baca: “Teruk Sangat Kotor Ni!”, Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun RM1,300 Dan Diarahkan Tutup

Kali ini, satu lagi restoran tomyam di Pulau Pinang ditemui dalam keadaan sangat mengejutkan. Bayangkan tengah-tengah makan, pelanggan jumpa tikus tengah elok tersadai dekat ayam gantung! Yang tak tahan tu, tikus tu masih lagi hidup dan sedang elok makan ayam yang tergantung.

Advertisement

Hati-hati kena kencing tikus

Netizen juga tidak dapat lari dari menyuarakan kebimbangan potensi untuk pelanggan mendapat kencing tikus. Bayangkan, kalau ayam itu dihidangkan kepada pelanggan selepas itu. Memang menjijikkan!

“Kat depan pun dah ada tikus kalau kat dapuq macam mana tak tahu”

facebook

“Ni la kes org duk kena kencing tikus bahaya kot, member kena lumpuh terus setengah badan jangan main-main kencing tikus.”

facebook
Tak pasti lah macam mana agaknya keadaan di dapur restoran ni kalau di depan kedai pun boleh ada tikus besar macam ni. Harapnya pihak berkenaan dapat memantau tahap kebersihan restoran ini selepas ini.

Artikel berkaitan: Mulai Tahun 2020, Kelantan Akan Hadkan Operasi Kedai Makan Hingga Jam 12 Malam

Comments

comments