(Video) Jurugambar Hampir Terjatuh Atas Kawan-Kawan Pengantin Perempuan Gara-Gara Sekeping Gambar

1890
sesi fotografi

Kawan-kawan pengantin biasanya memainkan peranan yang penting ketika majlis perkahwinan. Bukan sahaja untuk membantu pengantin tapi sesi fotografi juga biasanya akan dilakukan bersama-sama. Dah jadi trend juga dalam majlis perkahwinan sekarang, untuk ada sesi fotografi dengan kawan-kawan pengantin terutamanya bridesmaids.

Gelagat di balik tabir ketika sesi fotografi ini mencuri tumpuan netizen baru-baru ini. Bayangkan dalam sibuk jurugambar mahu merakamkan gambar, dia hampir terjunam jatuh di atas kawan-kawan pengantin perempuan yang tengah terbaring di lantai.

Nasib baik tak jatuh! Demi mendapatkan sekeping gambar dari atas, jurugambar ini gigih memanjat kerusi untuk mengambil gambar. Tengah asyik ambil gambar, boleh pula jurugambar hilang balance dan hampir-hampir jatuh tersembam.

jurugambar

jurugambar

Walaupun di sebalik insiden lucu ini, nampaknya tidak sia-sia jurugambar ini memanjat kerusi kerana hasilnya memang cantik.

jurugambar
Sumber

Nasib baik juga tak ada apa-apa yang buruk berlaku dalam insiden ini. Yang penting, semua selamat dan gambar pun lawa! Insiden ini juga pastinya akan menjadi kenangan lucu yang tak dapat dilupakan untuk pengantin dan kawan-kawan.

Bercakap pasal gambar perkahwinan, masih ingatkah anda gambar majlis perkahwinan yang viral di media sosial pada tahun lalu ini? Gambar perkahwinan yang cukup cantik dalam suasana banjir ini telah membongkarkan sesuatu di sebaliknya.

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Kreatif Dalam Suasana Banjir Dapat Pujian Warganet, Tetapi Kantoi Kahwin Dua Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

Comments

comments