(VIDEO) “Kenapa Tak Bangun Subuh?” – Soalan ‘Cepumas’ Anak Buat Si Bapa Terkedu!

Kebiasaannya, anak-anak yang sedang membesar pasti mempunyai ragam dan keletah mereka yang tersendiri, kadang-kala ibu bapa pun jadi pening nak jawab, tambah lagi bila diaju soalan yang agak spontan atau ‘cepumas’.

Berdasarkan perkongsian pengguna Tiktok ini iaitu Nurul Izzah, video yang memaparkan perbualan dua beranak si ayah dan anak ternyata membuat ramai geli hati.

Mana tidaknya, soalan spontan yang diaju anak buat si ayah terpukul seketika. Nak dijadikan cerita, si anak tidak melihat ayahnya bangun untuk solat pada pagi itu.

Sambil-sambil mereka menikmati juadah, anak ini pun terus menyergah dengan soalan mengenai solat. Ha macamana nak jawab tu?

Advertisement

“Kenapa ayah tak bangun subuh?”

Terkedu dengan sergahan soalan itu, si ayah lantas membalas semula bahawa dia terlebih dahulu solat di bawah dan mungkin anaknya tidak menyedari kelibat ayahnya. Paling penting, jawapan si ayah lebih bernas dan kukuh ya, haha!

Perbualan lucu ayah dan anak

“Eh cantik sikit! Tanya Adik bangun pukul berapa? Siapa yang solat subuh kat bawah?”

Jika dilihat diruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat perbualan dua beranak ini yang katanya seperti ‘mak jemah’. Sungguh akrab dan santai.

Kisah lucu bapa dan anak

kisah lucu bapa dan anak

@nurulizzah556AYAH dia pun sejenis Tak nak kalah ? #family #fyp

? original sound – Nurul Izzah

Tak cukup dengan itu, adik ini bertanya lagi mengapa ayahnya tidur semula. Adoi dik, macam-macam! Nasib si ayah pandai melayan ya.

Semoga perkongsian ini dapat menghiburkan hari korang, sekali-sekala layan perbualan ayah dan anak kan, barulah berhubung sel otak anak. Betul tak?

SUMBER

Comments

comments