(Video) Lelaki Lalok Hisap Gam Buat Kecoh, Panjat Papan Tanda Dan Disepak Ahli Bomba

Semalam viral satu video di media sosial, apabila seorang lelaki memanjat papan tanda di jalan raya kerana disyaki sedang lalok akibat hisap gam. Kebiasaannya mereka yang menghisap gam atau mengambil dadah, akan mengalami simptom berkhayal yang tinggi.

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Bintang itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Pihak bomba yang berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan keadaan turut disepak lelaki itu.

Sepak ahli bomba

Video yang dikongsikan oleh Naz Nana di Facebook ini adalah ketika pihak bomba membantu lelaki tersebut untuk turun dari papan tanda. Tetapi lelaki tersebut tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa malah siap menyepak mereka lagi.

Panjat papan tanda

Sebelum itu, pihak berkuasa mendapat aduan dari orang awam tentang tindakan lelaki tersebut yang memanjat papan tanda di jalan raya. Walaupun sudah berkali-kali diminta turun, lelaki tersebut tidak menghiraukannya.

Pada awalnya, lelaki tersebut dilihat sedang duduk bersantai di atas papan tanda tersebut. Selepas beberapa minit kemudian, pihak berkuasa berjaya menurunkan mangsa daripada situ walaupun beberapa kali dia ingkar mendengar arahan.

Artikel berkaitan: (Video) Pemuda Pertaruhkan Nyawa, Angkat Objek Bahaya Di Tengah Jalan Raya

Comments

comments