(VIDEO) Lelaki Mahu Jual Kambing Tanpa Sebab, Apa Puncanya?

Tidak dinafikan, pelbagai kejadian aneh dan pelik boleh berlaku di persekitaran kita sama ada ketika kita sedar ataupun tidak. Disebabkan itu, pelbagai perasaan serta emosi boleh bergabung sama ada rasa teruja, bimbang, risau mahupun gembira.

Sekiranya kejadian aneh dan pelik yang berlaku itu tidak menjejaskan keberanian seseorang mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula jika sebaliknya? Kadangkala, individu yang berani juga mampu hilang keberaniannya jika berhadapan dengan kejadian aneh ini.

Seperti yang kita tahu, perkara-perkara aneh ini sangat sinonim dan selalu dikaitkan dengan entiti atau makhluk ghaib. Banyak cerita tentang perkara aneh yang berlaku berpunca daripada makhluk ghaib ini. Sukar untuk kita nafikan kerana makhluk ghaib ini sememangnya wujud.

Advertisement

Seekor kambing berwarna hitam dilihat seakan berdiri dan berjalan dengan dua kaki

Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama Alexandre Souza yang memaparkan kejadian seekor kambing berwarna hitam yang berjalan dengan hanya menggunakan dua kaki belakangnya sahaja.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seekor kambing berwarna hitam berada di dalam sebuah kandang kambing.

Apa yang membuatkan ramai orang tertumpu pada perkongsian video tersebut adalah apabila kambing tersebut dilihat seakan berdiri dengan dua kaki dan berjalan memasuki satu ruang dalam kandang tersebut.

Pergerakan kambing tersebut yang perlahan sambil dia diekori oleh seekor ayam membuatkan ramai netizen terkejut dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka. Bagaimana kambing tersebut boleh bertindak sedemikian?

Lelaki tersebut ingin menjual haiwan itu dengan alasan tanpa sebab dan hanya mahu ia jauh daripadanya

Kambing jalan dua kaki
Tangkap layar kejadian yang dirakam oleh lelaki tersebut – via Facebook

Merujuk kepada kapsyen yang ditulis oleh lelaki tersebut, dia mengatakan yang dia ingin menjual kambing tersebut tanpa sebab dan hanya ingin jauhkan diri daripada kambing tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan sememangnya pemilik kambing tersebut atau hanya berkongsikan video itu sahaja.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.8 juta tontonan, 17 ribu tanda like dan 152 ribu perkongsian.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFacebook

Comments