(Video): Lumba Tong Sampah Tetap Diadakan Di Sebalik COVID-19 Yang Masih Melanda

Wabak COVID-19 yang teruk melanda dunia kini masih lagi belum reda, namun sebuah pertandingan lumba tong sampah di Ban Jelacic Square, Croatia masih tetap diteruskan.

Acara itu adalah merupakan sebahagian daripada acara perarakan yang menjadi pembukaan kepada festival tempatan yang diberi nama Cest Is d’Best.

Acara yang julung kali diadakan selepas lebih satu dekad itu menyaksikan Gaspar Karamatic berjaya mengalahkan juara 10 kali, Vanja Lojna dalam acara lumba tong sampah.

Advertisement

Festival Cest Is d’Best merupakan salah satu festival tertua di bandar tersebut dengan menampilkan banyak persembahan kesenian, bengkel dan konsert di pelbagai lokasi dalam bandaraya tersebut.

Croatia setakat ini telah mencatatkan 8311 jumlah kes positif COVID-19, dengan 173 kematian dilaporkan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments