(VIDEO) Minat Melukis Sejak Kecil, Anak Muda Kini Mampu Reka Pelbagai Lukisan Kreatif!

Siapa sangka, minatnya yang mendalam terhadap bidang lukisan kini membuahkan hasil dek karyanya yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Itulah seorang anak muda hebat, Muhammad Arifuddin Mohamed Shaidi, 18,yang bermula dengan hanya contengan di kasut dan pelbagai peralatan lain.

Ujar lepasan SPM ini, contengan itu sebenarnya adalah satu cara golongan ‘ARTtist’ meluahkan isi pemikiran kreatif atau ‘out of the box’ mereka dengan mencipta sesuatu yang baharu.

Bakat anak muda

Memetik laporan Mstar, Ariffuddin pernah memasuki kelas yang mempunyai subjek seni namun ditolak.

Berbekalkan minat sejak kecil, dia sanggup sanggup belajar melukis sendiri dengan menghasilkan pelbagai lukisan kreatif!

Ketika ditanya mengenai idola inspirasinya, pemuda ini ingin mengikut jejak langkah idolanya Zachary “Zach” Hsieh, seorang YouTuber Amerika yang terkenal dengan karya seni yang dipelajarinya juga secara persendirian.

Advertisement

“Alhamdulillah ada sambutan, masa zaman sekolah ramai kawan tempah dengan saya”

Malah kasut Nike Air Force 1 yang dicorakkannya turut menarik minat netizen untuk membeli.

@arepudingcuba try test? ??? ?????? ?????? (My head is spinning like a screw) – kostromin

“Masa saya mula buat video tu (mencorakkan kasut Nike Air Force 1) tak ada sambutan sangat sebab biasanya kalau nak cepat naik kena ada content yang berterusan, saya fikir takkan hari-hari nak custom kasut, modal tinggi”

Anak muda ini juga sering mencari idea untuk melukis pada sesuatu yang simple, murah dan boleh buat banyak video. Antara lukisan contenganya adalah pada keyboard yang melambangkan logo popular. Unik!

@arepudinglogo ig untuk 0, okay kann~ #fyp? #foryou #foryourpage #xyzbca #instagram #keyboardcustom

? Play Date – Tmo.nly

Ketika ditanya Mstar mengenai perasaanya ketika video viral, dia juga tidak menyangka namun sangat puas.

“Masa mula-mula naik ribu-ribu pun dah happy apatah lagi bila dah sampai juta”

Dia juga yang merancang untuk melukis pada kasut lain dan Airpod pula dalam masa terdekat selain berniat untuk membuka Youtube Channel, namun pada masa ini lebih memberi perhatian kepada video pendek di Tiktok.

bakat anak muda artist

Apa-pun, selamat maju jaya buat adik berbakat ini ya! Semoga bakat muda sepertinya terus menghiasi dunia realiti dan didorong ke pentas yang selayaknya. In shaa Allah.

SUMBER

Comments