(Video): Misteri “Kumbang Kuning” Tanpa Pemandu Di Lebuhraya Karak Oleh Volkswagen Malaysia

1921

Siapa sahaja yang tak tahu kisah sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering muncul di jalan lama Karak dan mengganggu pengguna jalan raya tersebut.

Ini merupakan antara kisah legenda buat semua rakyat Malaysia sehingga hari ini yang takut untuk memotong kereta Volkswagen Kuning tanpa pemandu di jalan lama Karak.

Lebuh raya Karak

Walaupun kereta itu dikaitkan dengan kepercayaan mistik, tetapi model Volkswagen Beetle cukup sinonim dan dikenali rakyat Malaysia kerana kisah seramnya dan modelnya yang unik.

volkswagen kuning

Oleh itu, bersempena dengan Halloween, Volkswagen Malaysia telah melancarkan satu video kartun ringkas berkisahkan cerita-cerita misteri Volkswagen Kuning yang akan mengejar pengguna jalan raya lain pada waktu malam di lebuh raya misteri ini.

Jadi kepada anda semua, video ini hanyalah satu idea untuk Halloween. Berhati-hati ketika memandu, jangan terlalu fikirkan kisah seram Volkswagen Kuning ketika anda memandu pada waktu malam. Anggaplah ini cerita karut dan mistik.

Keselamatan pemanduan anda yang perlu dijaga jika memandu pada waktu malam.

Sumber: Volkswagen Malaysia

 

 

Comments

comments