(Video) Motor Hampir Berlanggar, Lelaki Tunjuk Samseng Sampai Budak Terjatuh Dari Motor

kemalangan jalan

Viral di media sosial mengenai rakaman daripada dash cam yang berlaku pagi tadi. Video yang dikongsikan di Facebook itu menunjukkan perlanggaran yang hampir berlaku kepada dua penunggang motorsikal yang masing-masingnya membawa penumpang.

Gara-gara tidak berpuas hati motor hampir dilanggar, lelaki berbaju biru di dalam video yang dipercayai merupakan penjawat awam telah berhenti di tepi jalan untuk memarahi penunggang motorsikal tersebut. Berlakunya pergaduhan mulut di antara mereka sebelum penjawat awam itu menumbuk lelaki berkenaan.

Akibatnya, isteri dan anak kecil penunggang motorsikal itu terjatuh daripada motor.

Aksi samseng yang ditunjukkan oleh penjawat awam itu kemudian dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Video tersebut mendatangkan kemarahan ramai lagi-lagi melihatkan kanak-kanak yang merupakan anak mangsa terjatuh daripada motor.

“Kau dah langgar right of way kawan tu, kau ajak dia gaduh, kau tolak dia sampai anak bini dia jatuh moto. Kau tengok macam tak bersalah je ye, siap maki-maki dia blah macam tu je.”

motorsikal

Advertisement

Ada juga yang mendakwa penjawat awam itu turut menendang motorsikal lelaki terbabit gara-gara tidak berpuas hati. Sikap isteri kepada penjawat awam itu yang hanya memandang sahaja dan tidak menenangkan suaminya juga dikritik oleh netizen. Sepatutnya dalam situasi itu, dia perlu membantu menenangkan keadaan dan tidak hanya berdiam diri.

Sumber

Comments

comments