(VIDEO) Motor Jatuh Parit, Sikap Abang Kurier Utamakan Barang Pelanggan Raih Pujian Netizen!

kurier

Umum pasti tahu cabaran-cabaran menjadi seorang frontliners. Bukan sahaja para doktor dan penjawat awam, pekerja kurier juga harus diberi perhatian dek ketabahan mereka meredah panasnya matahari dan basahnya hujan.

Baru-baru ini, perkongsian pengguna Tiktok iaitu Afiqyaaww mengenai sikap seorang kurier ini telah pun mendapat perhatian ramai.

Semuanya bermula apabila penghantar barang itu terjatuh dalam parit di sebuah rumah sehingga motosikal miliknya turut ‘terciduk’.

Pun begitu, apa yang mengundang rasa kagum para netizen  adalah kerana sifat baik hatinya yang memilih untuk menyelamatkan sebuah beg berisi barang pelanggan terlebih dahulu. 

Kalau orang lain, mungkin ada yang dah kelam kan, tetapi lelaki ini masih boleh tersenyum sambil tarik beg berisi barangan customer.

Orang kata, luar nampak senyum, dalam hati siapalah yang tahu, betul tak?

Advertisement
@afiqyaww##fyp ##fyp? ##j&t? bunyi asal – FIX.

Menerusi ruangan komen juga, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki itu. Tidak kurang juga yang memberi kata pujian atas sikapnya yang dilihat cukup amanah.

kurier

kata netizen

Dalam ada yang mempertikaikan kerja mereka, masih ramai sebenarnya yang menggalas tanggungjawab dengan jujur dan telus.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi peringatan untuk kita saling menghargai pekerjaan masing-masing ya. Apa pun, salute lah!

SUMBER

Comments

comments