(Video) Myvi Buat Hal, ‘Mencilok’ Di Plaza Tol

3913

Ada sahaja cara untuk seseorang mencilok dari membayar tol. Sebelum ini tular sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah tidak membayar tol ketika melalui sebuah plaza tol.

Baca ini: Kereta Honda sondol kereta depan elak bayar tol

Kes ini berulang kembali, kali ini pemandu Myvi pula menunjukkan helah baru untuk mengelak dari membayar tol. Masing-masing nak tunjuk hebat.

Video Myvi ini tular di laman Facebook We are Malaysians, menunjukkan sebuah kereta Myvi berwarna hitam dengan tenang berlalu pergi tanpa membayar tol.

Dalam rakaman berdurasi 35 saat itu jelas kelihatan sebuah kenderaan Perodua Myvi memasuki lorong Touch n’ Go.

Pada awalnya nampak seperti biasa sahaja, namun apabila berada dekat dengan plaza tol kelihatan kenderaan tersebut merapatkan kereta ke sebelah kiri untuk mengelak dari tiang penghalang itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu itu bagaimanapun berjaya dirakam oleh kenderaan di belakangnya melalui dashcam.

Difahamkan insiden ini dirakam di Plaza Tol Subang, memasuki Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Netizen geram dengan tindakan Myvi

tindakan bodoh

Ada juga yang berniat membeli Myvi

niat beli Myvi

Sebagai manusia, kita tidak boleh melakukan perbuatan seperti ini, kerana ia sudah dikira sebagai mencuri.

Sumber: Facebook

Comments

comments