(VIDEO) Netizen Gerun Tengok Pintu LRT Tidak Tertutup Ketika Beroperasi

perkhidmatan lrt

Menerusi satu hantaran di laman Twitter, seorang individu berkongsi satu video pendek yang memaparkan keadaan pintu LRT yang dibiar terbuka ketika masih beroperasi. Bahayanya!

Jelas kelihatan di dalam video beberapa pintu di dalam LRT itu terbuka dan ianya boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang.

Advertisement

Sehubungan itu, tweet berkenaan mendapat respon daripada pihak MyRapidKL untuk mengambil maklumat berhubung kejadian.

perkhidmatan lrt

“Hai, boleh kami tahu nombor kereta api dan waktu beroperasi ?”

Menurut pemilik akaun, dia tidak pasti mengenai nombor kereta api di dalam video namun dia memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 3 petang semalam daripada stesen Ara Damansara ke Lembah Subang.

Situasi itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan warganet kerana pintu LRT yang dibiar terbuka.

Bahayanya!

perkhidmatan lrt perkhidmatan lrt perkhidmatan lrt

Ada juga warganet yang mempersoalkan kenapa individu berkenaan tidak membuat panggilan kecemasan melalui interkom.

perkhidmatan lrt

Sehingga artikel ini ditulis pihak MyRapidKL belum memberi penjelasan berhubung dengan situasi tersebut. Diharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang lain.

SUMBERTwitter

Comments