(Video) Netizen Puji Usaha Pelumba Basikal Terengganu Cuba Berbahasa Inggeris Walaupun Ada Loghat ‘Ganu’

pelumba basikal

Bukan mudah untuk seseorang yang bahasa utamanya bukanlah Bahasa Inggeris untuk bertutur dalam bahasa itu dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi di Malaysia, bila majoriti antara kita lebih senang menggunakan Bahasa Malaysia.

Video temu bual pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. Di dalam itu, dia menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang temu bualnya itu. Walaupun tak sempurna tetapi yang penting dia cukup yakin dalam menjawab soalan daripada wartawan bertugas.

“Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harrif! Teranu ori boh!”

Rata-rata netizen memuji keberanian dan keyakinannya bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun kedengaran loghat bahasa Terengganu. Itu semua tak penting kerana macam yang netizen katakan, yang penting yakin dan tak malu untuk mencuba! Meninjau di ruangan komen, ada juga netizen yang menjadikan Harrif sebagai role model.

Untuk pengetahuan anda, Harrif Salleh muncul pemenang kali kedua pada Peringkat 7 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Bagan ke Alor Setar. Ini merupakan kemenangan peringkat kedua Harrif pada LTdL 2020 yang sebelum ini menguasai Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dan ketiga dalam sejarah LTdL.

Comments

comments