(VIDEO) Pangkat-Pangkat Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Yang Perlu Diketahui

Pangkat-pangkat polis dalam PDRM.

Sesetengah orang pasti tahu polis mempunyai pangkat -pangkat seperti konstabel, koperal, sarjan dan macam-macam lagi, tetapi tidak tahu susunan kedudukan yang betul. Percaya atau tidak, majoriti rakyat Malaysia tidak tahu dengan terperinci tentang pangkat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita sebolehnya perlu tahu akan susunan pangkat pasukan polis ini. Polis Diraja Malaysia merupakan pasukan polis persekutuan berseragam di Malaysia yang ditubuhkan pada 25 Mac 1807 sekitar 213 tahun yang lalu.

Berikut adalah susunan dan organisasi lengkap mengikut pangkat dari bawah hingga atas.

1.Konstabel (KONST)

Advertisement

2.Lans Koperal (L/KPL)

3.Koperal (KPL)

4.Sarjan (SJN)

5.Sarjan Mejar (SJN/M)

6.Sub Inspektor Polis (S/INSP)

7.Pegawai Rendah Polis

8.Inspektor Percubaan Polis (P/INSP)

9.Inspektor Polis (INSP)

10.Penolong Penguasa Polis (ASP)

11.Timbalan Penguasa Polis (DSP)

12.Penguasa Polis (SP)

13.Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP)

14.Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP)

15.Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP)

16.Pesuruhjaya Polis (CP)

17.Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP)

18.Ketua Polis Negara (IGP)

@skydreamer21Polis Diraja Malaysia | Royal Malaysian Police | PDRM | RMP | Pangkat | Rank | Sedia Berkhidmat | Polis Terbaik? original sound – Call Sign: MFK

Jika ditanya apakah tugas polis, pasti salah satunya ialah menjaga keamanan negara. Sebagai rakyat, kita haruslah menghormati tugas-tugas polis.

SUMBER 

SUMBERTik Tok

Comments