(VIDEO) Pasangan Kanada Tidak Kekok Cuba Kuih-Muih Tradisional Malaysia

pasangan Kanada cuba kuih muih Melayu

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menarik. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan syurga makanan.

Terbaru, menerusi perkongsian video di Youtube JetLag Warriors, pasangan dari Kanada telah mencuba beberapa jenis kuih tradisional Melayu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Antara kuih Melayu yang dicuba oleh pasangan Steve dan Ivana ialah kuih wajik, seri muka, pulut panggang, ketayap, kuih lapis dan karipap. Kedua mereka ternyata terpegun akan bentuk, rasa dan warna kuih-muih itu.

Bagi Steve, dia lebih menyukai karipap kerana teksturnya yang menarik dan sedap tetapi Ivana pula lebih menggemari kuih pulut panggang dan kurang gemar kuih wajik.

Advertisement

Perkongsian video itu meraih lebih 42 ribu tontonan.

SUMBER

SUMBERSiakapKeli

Comments