(Video) Penantian Peminat ‘Command & Conquer Remastered Collection’, Berakhir Tengah Malam Ini

Selamat kembali kepada pejuang dalam permainan video popular Command & Conquer (C&C). Semperna meraikan Ulang Tahun ke-25 C&C, Electronic Arts kini membawakan Command & Conquer Remastered Collection  melalui aplikasi Origin dan Steam. Kompilasi baru istimewa ini merangkumi, permainan C&C: Tiberian Dawn dan C&C: Red Alert berserta 3 pek expansion (Covert Ops, Counterstrike dan The Aftermath) ini dijadualkan derada di pasaran dalam beberapa jam sahaja lagi.

Selamat kembali, Komander

Bagi peminat siri C&C, pastinya mengenali Kane sebagai tokoh ikonik. Dimainkan oleh Joe Kucan, supervillain ini telah menjadi dalang di sebalik kumpulan Brotherhood of Nod yang jahat sepanjang francais permainan ini, bermula pada tahun 1996 dengan salah satu tajuk awal dalam siri ini iaitu Red Alert. Kane telah muncul di keempat-empat tajuk utama C&C dan kini dia mempunyai mesej kepada anda.

Dapat disaksikan di dalam video yang dimuat naik awal hari ini, Kane membincangkan persaingannya yang sedang berlangsung dengan GDI (Inisiatif Pertahanan Global), setelah 20 tahun berlalu sejak Kane kali terakhir membuat pengumuman kepada umum. Sebagian besar mesejnya, seperti kebiasaannya adalah “Hidup Kane!” dan tentu saja,dia pasti akan cuba merealisasikannya.

Kompilasi game bercorak strategi real-time ini memapaparkan grafik serta tekstur remastered dengan sokongan resolusi 4K termasuk soundtrack berdurasi lebih 7 jam dihasilkan kembali oleh komposer asal terkenal Frank Klepacki.

Advertisement

Anda boleh membuat pra pesanan sekarang! C&C Remastered dijual pada harga USD19.99 / anggaran RM87 manakala versi Special Edition (fizikal) USD59.99 / anggaran RM260 dan versi 25th Anniversary Edition (fizikal) pada harga USD149.99 / anggaran RM650.

Jadi tidak kira sama ada anda merupakan peminat, musuh, atau sekutu pada Kane , misi anda akan bermula pada jam 1 pagi malam ini, 6 Jun 2020 (waktu Malaysia).

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments