(Video) Pengguna ‘Ditelan’ Secara Tiba-Tiba, Ini Bahayanya Guna Eskalator Rosak

Memang biasanya ramai yang akan mengambil alternatif untuk menggunakan sahaja eskalator yang rosak dengan memanjatnya seperti tangga. Tetapi sebenarnya, ini salah satu tindakan yang sangat membahayakan!

“Sekadar mengingatkan, escalator yang rosak tak boleh digunakan sebagai tangga ya” 

Video berdurasi 19 saat ini menunjukkan keadaan di mana pengguna eskalator menggunakan eskalator yang rosak sebagai tangga. Walaupun ada alternatif lain disediakan iaitu tangga di sebelah, tapi ini antara rutin biasa yang dibuat kita semua.

Advertisement

Tetapi malangnya, secara tiba-tiba eskalator tersebut bergerak dan pengguna yang lain terjatuh dan berlanggar satu sama lain. Yang lebih memburukkan, seorang penumpang ‘ditelan’ masuk ke dalam bahagian dalam eskalator.

Bahaya gunakan sebagai tangga

Seorang pengguna Twitter berkongsikan tentang sebab-sebab kenapa eskalator yang rosak tidak boleh digunakan. Eskalator yang rosak tidak berfungsi berkemungkinan kerana pemasangannya tidak menepati piawaian bangunan.

Disebabkan itu eskalator terpaksa dihentikan dan tangga yang diberhentikan pada ketika itu tidak berada pada kedudukan yang sama. Yang mana boleh mengundang bahaya pada pengguna terutamanya ketika melangkah turun.

Kredit: Twitter

Selain itu, pengguna sendiri tak dapat nak pastikan sebab kenapa eskalator itu diberhentikan atau tak dapat digunakan. Mungkin juga kerana kerosakan mekanikal seperti brek yang tidak berfungsi.

Walaupun kadang kala tak ada notis pemberitahuan diletakkan, pengguna disarankan untuk tidak menggunakannya ketika rosak. Risiko untuk mendapatkan bahaya memang ada dan tinggi pada pengguna.

Comments

comments