(VIDEO) Peniaga Kongsi Cara Pilih Isi Durian Tebal Warna Kuning, Tengok Dari Tangkai Je!

Menjelang musim raja buah popular ini, pastinya ramai yang tidak sabar untuk membeli dan merasa keenakan buah lemak berkrim ini.

Walaupun harga sebiji durian agak mahal, itu tidak menjadi halangan bagi penggemar durian untuk melabur demi menikmati keenakan isinya.

Pun begitu, nak membeli ni kena lah tahu caranya kan. Yelah, kalau salah beli habis membazir duit.

Ha, kalini korang tak perlu risau lagi kerana pembelian korang pastinya berbaloi jika korang ikut cara mudah ini. Jom tengok cara yang disampaikan Md Izzuddin ini.

#fyp #ilmudiyan #esekeli? original sound – Md Izzuddin Mohd Sha

Menurut peniaga durian ini, ketebalan isi dan biji durian boleh dikenalpasti melalui tangkainya.

Nak mudah lagi, korang boleh tengok gambar dibawah. Anak panah di dalam merupakan ketebalan biji, manakala anak panah di luar merupakan ketebalan isi yang berwarna kekuningan. 

Dalam situasi lain, jika warna tangkai luar tersebut putih, maka isinya juga berwarna putih.

Advertisement

Lepasni boleh lah kita sama-sama praktikkan cara ni. Kalau kena dengan cara dan ada rezeki, dapatlah merasa isi buah yang sedap berlemak, sampai pejam mata dibuatnya. Haha.

Apa pun, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

SUMBER

Comments