(VIDEO) Penunggang Motosikal Tersungkur Selepas Dilanggar Kereta Di Lampu Isyarat

Kawasan lampu isyarat menjadi salah satu tempat yang berpotensi untuk berlaku kemalangan. Walaupun ramai yang mengetahui maksud warna-warna lampu isyarat itu tapi masih ada yang terlepas pandang jika lalu di kawasan berkenaan.

Viral satu video di Twitter berdurasi 21 saat yang secara kebetulan dirakam oleh seorang wanita memaparkan sebuah kereta telah melanggar satu motosikal di arah yang bertentangan di kawasan lampu isyarat.

Kelihatan pemandu kereta itu tidak berhenti di lampu isyarat walaupun ianya menunjukkan tanda merah (perlu berhenti). Mungkin dia terlepas pandang dan terus mengikut motor yang berada di hadapannya yang hanya jalan walaupun lampu isyarat masih merah.

Advertisement

Lokasi kejadian masih belum dikenalpasti dan ianya hanya berlaku sekelip mata, motor yang datang daripada arah bertentangan dilanggar oleh pemandu kereta tersebut.

Warganet juga turut memerhati menerusi video berkenaan dan mengatakan pemandu kereta itu juga perlu tunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau meskipun lampu isyarat yang bertentangan arah sudah bertukar merah.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya tidak kira dimana tempat

Sumber 

SUMBERTwitter

Comments