[VIDEO] Peragut Mendapat Hadiah “Flying Kick” Oleh Pegawai MBJB

Baru sahaja kita menyambut Hari Kebangsaan ke 63, kita dah dikejutkan dengan video peragut buat hal. Kejadian ini dipercayai berlaku di Johor Bahru.

Berdasarkan video yang dimuat naik asal oleh seorang pengguna FB Wise Lee, sejurus setelah mangsa diragut, datang seorang individu memberi “flying kick” dari sebelah kiri video tersebut.

Pergh, memang padu penendang yang diberi tu, terus tumbang si peragut tu. Pada awalnya, peragut itu pastinya ingat beliau dapat memboloskan diri walaupun hilang kawalan setelah merampas beg tangan wanita tersebut.

Advertisement

Ternyata, tendangan padu pegawai MBJB itu terlalu padu. Ini baru TKO. Tindakan pegawai MBJB tersebut mendapat pujian netizen dan rata-rata dari mereka menyokong tindakan tersebut.

Sumber : Facebook 

 

 

Comments

comments