(Video): Peragut Zalim, Heret Warga Emas Berbasikal Bemeter-Meter

12385

Semalam telah tular satu video seorang warga emas lelaki sedang mengayuh basikal disamun oleh tiga lelaki yang menaiki motorsikal sebelum diseret beberapa meter di kawasan berhampiran di Pasar Billion, Alor Seter Kedah.

Dipetik oleh Harian Metro, Mangsa Choo Tar Cheang mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan kaki selepas disamun.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, beliau berusia 66 tahun mengayuh basikal bersendirian sebelum tiba-tiba dua motosikal menghampiri mangsa dan seorang suspek merentap beg tangannya.

Lebih menyedihkan, Choo itu diseret sehingga seluarnya tertanggal. Mangsa kerugian RM300 akibat kehilangan beg tangannya dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa turut terseret beberapa meter selepas disamun suspek yang kemudian melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian menerima rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.

Polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dua rumah yang merakam kejadian itu.

Usaha mengesan suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Nasib warga emas ini hanya cedera ringan sahaja dan tidak meragut nyawanya. Berhati-hati ya semua, sekarang penjenayah banyak lakukan jenayah tanpa berfikir siapa target utama.

Comments

comments