Video Permohonan Maaf Fizi Kepada Upin Dan Ipin Raih Tontonan Tinggi Dalam Masa 24 Jam

upin ipin

Animasi popular Upin & Ipin sebelum ini mencetuskan kontroversi gara-gara dialog sensitif yang dipaparkan semasa episod terbaru mereka. Di dalam Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin yang dimuatnaik sempena Hari Raya itu, dialog dari watak Fizi mendapat perhatian ramai.

Dialog Fizi yang memberitahu tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu telah membangkitkan kemarahan penonton di Malaysia dan juga di Indonesia. Sehinggakan Fizi trending di media sosial di mana orang ramai tidak berpuas hati dengan dialog itu.

Baca: Animasi Upin Dan Ipin Diserang Netizen Malaysia Dan Indonesia Disebabkan Dialog Sensitif Watak Fizi

Terpalit dengan kontroversi itu, Les’ Copaque semalam tampil dengan permohonan maaf daripada Fizi kepada Upin & Ipin. Di dalam video itu, Fizi meminta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya itu dan memohon orang ramai untuk tidak lagi memarahinya.

Advertisement

Video permohonan maaf yang turut dimuatnaik di laman YouTube itu mendapat lebih dua juta tontonan tidak sampai 24 jam ditayangkan. Rata-rata yang menonton menyambut baik video permohonan maaf itu yang turut menampilkan reaksi Upin & Ipin selepas itu.



Diharapkan permohonan maaf ini dapat menjernihkan semula keadaan terutamanya untuk peminat setia animasi Upin & Ipin. Les’ Copaque juga telah membuat satu episod khas yang menggabungkan insiden ini bersama-sama permohonan maaf yang baru dilakukan. Anda boleh tonton video penuh episod itu di bawah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments