(VIDEO) Pertunjukan Air Pancut Bernilai RM7 Juta Di Ibu Kota Jadi Tumpuan Pengunjung

Pertunjukan air pancut

Wow! Pertunjukan tarian air pancut berwarna-warni sepanjang 120 meter mengikut rentak muzik pelbagai genre ini pastinya mampu memukau setiap pengunjung yang hadir.

Mana tidaknya, keunikan terbaru buat warga kota itu hanya boleh didapati di 99 Wonderland Park Wildlife In The City di Selayang, di sini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff BK Lee berkata, pertunjukan tarian air pancut di atas tasik itu diilhamkan menerusi pengalamannya melancong di Dubai ketika sebelum pandemik Covid-19.

Lapor Harian Metro, beliau berkata taman tersebut dibina sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mana bukan saja menjadikannya lokasi riadah keluarga tetapi juga melindungi haiwan liar.

Jeff BK Lee memberi makan kepada rusa di Tapir Street ketika sesi lawatan media. FOTO Murnaena Muhammad Nasir

Advertisement

Menurutnya, tarian air pancut terbesar di Malaysia itu menggunakan teknologi daripada China dan menelan belanja sebanyak RM7 juta.

Katanya, tarikan terbaru itu juga diharapkan dapat menjadi tumpuan pengunjung sekitar Lembah klang sekali gus dapat menggalakkan pelancongan dalam negara.

“Bermula Mac tahun lalu hingga sekarang kami hanya dapat beroperasi selama dua bulan dan empat hari”

Pertunjukan air

Ini kerana pada tahun lalu, kebanyakan masa diambil untuk pengubahsuaian supaya lokasi ini lebih menarik dan cantik.

Jeff berkata, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya 1,000 pengunjung yang dibenarkan dalam satu-satu masa.

“Dalam perancangan, kami akan bina lebih banyak tarikan lain seperti kereta kabel, laluan penghubung dari tren ke sini, besarkan lagi restoran serta banyak lagi”

Untuk pengetahuan semua, 99 Wonderland Park Wildlife In The City ini dibangunkan oleh JL99 Group sejak 2016 dan dikenali sebagai taman urban moden dengan keluasan lebih 9.3 hektar.

Selain tarikan air pancut ini, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat serta memberi makan pelbagai jenis spesis haiwan seperti tapir, beruang matahari, buaya tembaga, rakun, rusa dan ikan arapaima gergasi.


Wah, menarik kan? Harap-haraplah negara kita semakin pulih dari jangkitan Covid-19 ini ya, dapatlah kita berkunjung ke tempat seperti ini. In Shaa Allah.

SUMBER

Comments

comments