(Video) Proses Perubahan Gigi Seorang Wanita Peroleh Jutaan Tontonan

Glow up‘ atau video transformasi diri seseorang yang dihasilkan daripada gabungan gambar-gambar lama dan terkini telah menjadi trend di media sosial kini.

Walaupun terdapat banyak video yang telah dikongsikan, namun pasti ada diantaranya berjaya menarik perhatian orang ramai seperti video wanita ini. Wanita yang dikenali sebagai Jaqueline Alarcao ini berjaya penampilkan perubahan yang begitu drastik sehingga meraih 15 juta tontonan di TikTok.

Sebelum dan selepas berkahwin dengan seorang doktor gigi.

Video yang disertakan dengan caption yang cukup ‘menarik’ itu menunjukkan bahawa wanita itu mempunyai masalah pada giginya sebelum ini dan kini berjaya memiliki gigi yang sangat cantik seperti yang diimpikan oleh kebanyakan orang.

Ramai yang merasa kagum!

Selain memperoleh banyak tontonan, video itu juga dikatakan telah memberikan inspirasi kepada ramai orang sehingga mendapat banyak komen-komen berbentuk pujian.

Bukan itu sahaja, seorang pakar bedah kosmetik juga turut membuat perkongsian mengenai video tersebut di laman sosialnya dan disertakan dengan pujian mengenai ‘karya’ itu yang dibuat oleh ‘suaminya’.

Gambar Hiasan

Glow up

Bagaimanapun, video ini dikatakan sebuah transformasi palsu yang direka oleh Jaqueline sendiri dan dianggap sebagai gurauan. Dia turut mengakui bahawa dia telah memakai satu set gigi palsu dalam video itu.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments