(Video) Polis Di India Beri Hukuman Pukul Dan Lempang Penumpang Lelaki Yang Naik Coach Wanita Di Stesen Keretapi

polis india

Salah satu kemudahan yang diberikan kepada kaum wanita adakalanya disalahgunakan oleh sesetengah kaum lelaki. Masalah kaum lelaki yang menggunakan coach wanita di dalam tren keretapi bukan saja berlaku di Malaysia malah negara lain juga. Di India, jenayah seksual yang semakin meninggi menyebabkan pihak polis di sana tampil dengan inisiatif baru.

Bagi penumpang lelaki yang menggunakan coach wanita di dalam tren keretapi, pihak polis akan melempang dan memukul mereka sebagai hukuman. Memang jelas satu kesalahan untuk kaum lelaki menggunakan coach tersebut kerana sudah jelas ianya disediakan untuk kaum wanita.

Video yang sedang tular di media sosial ini, pihak polis yang menjaga di stesen keretapi di New Delhi menunggu di luar coach wanita dan melempang semua penumpang lelaki yang keluar. Kalau di Malaysia, polis bantuan akan menghalau saja penumpang lelaki dari coach wanita. Tetapi di India, kena lempang terus!

Advertisement



Rasa-rasanya kalau buat dekat Malaysia ni, berkesan ke tidak? Di Malaysia dahulu pernah terjadi sampaikan seorang wanita ini terpaksa ‘menghalau’ sendiri kaum lelaki yang duduk di coach wanita. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Heroin Komuter Pink” Tekad Halau Penumpang Lelaki Dari Koc Wanita, Tidak Mahu Jadi Pengecut

Comments

comments