(Video): Polis Trafik ‘Flying Kick’ Penunggang Motosikal, Kini Disiasat

Semalam tular sebuah video menunjukkan seorang penunggang motosikal ditendang polis trafik selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple, Sibu pada tengahari semalam.

Berikutan itu anggota trafik Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berkenaan kini sedang dalam siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas.”

Advertisement

Insiden tersebut telah dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Rakaman video itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.

“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus dan ubah suai ekzos.”

Menurut satu akaun di Twitter yang sering berkongsikan mengenai perkara berkaitan ketenteraan dan kepolisan iaitu @Marchforward, kejadian tersebut bukanlah menjadi satu isu karana ia merupakan antara Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments