(VIDEO) Rakaman Jelas Kereta Mainan Dipercayai Bergerak Sendiri Pukul 12 Malam

video seram

Setiap orang mesti ada pengalaman seram mereka tersendiri lagi-lagi kalau kejadian itu berlaku di depan mata.

Macam yang berlaku terhadap seorang lelaki ini dimana dia sempat merakam video yang dimuat naik di laman TikTok memperlihatkan beberapa kereta mainan berada di koridor rumahnya.

Namun, apa yang lebih menyeramkan ialah dua daripada kereta mainan tersebut kelihatan bergerak sendiri tanpa ada individu berada di tempat tersebut melainkan dirinya. Menurutnya meskipun ada angin, kereta mainan yang lain akan turut bergerak sama.

@muhamadasraf3

Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org #Videoleap #fyp #seram #indonesia #malaysia #fyp? #virall

? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Advertisement

Tambahnya, kejadian seram itu berlaku pada hari Jumaat pukul 12 tengah malam ketika dia sedang menuju ke rumahnya.

“Bayangkan hari Jumaat pukul 12 a.m nak balik rumah ikut lift tapi ada si adik dua orang”

Pun begitu, ada netizen mendakwa yang kereta mainan itu dikawal menggunakan bateri menyebabkan ianya boleh bergerak sendiri. video seram

video seram

Walau bagaimanapun, ramai netizen mengaku bahawa video tersebut tetap menyeramkan kerana agak mustahil untuk benda yang tidak hidup untuk bergerak dengan sendiri.

video seram video seram video seram

Sumber

SUMBERTikTok

Comments