(VIDEO) Reaksi Kanak-Kanak Terima Daging Korban Daripada PM Tarik Perhatian Ramai

perdana menteri agih daging korban

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke rumahnya bagi mengagihkan daging korban semalam.

Klip video yang dikongsikan oleh Kosmo di laman Facebook menunjukkan reaksi kanak-kanak lelaki yang terlalu teruja dan terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri sehingga meraih perhatian netizen apabila dengan selamba menyapa beliau dengan nama panggilan Muhyiddin Yassin.

“Eh Muhyiddin Yassin lah?”

Menerusi video berdurasi satu minit lima saat itu, Muhyiddin yang menghulurkan bungkusan daging korban di rumah berkenaan turut bertanyakan khabar keluarga kanak-kanak tersebut yang berada di dalam rumah terbabit.

Muhyiddin juga turut bertanyakan tentang tempat persekolahan kanak-kanak itu selain turut melayan karenah mereka yang seakan-akan tidak percaya dengan kehadiran Perdana Menteri itu.

Advertisement

Meninjau pada ruangan komen, terdapat netizen yang memuji tindakan kanak-kanak itu yang dilihat mengenali Perdana Menteri serta mempunyai adab yang baik kerana menegur dengan sopan walaupun dengan nama panggilan Muhyiddin Yassin.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo6323192012022590746-1-800x207.jpg

This image has an empty alt attribute; its file name is photo6323192012022590747-1-800x169.jpg

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen dilihat memuji tindakan Perdana Menteri itu yang menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan daging korban dan melayan karenah kanak-kanak tersebut seakan-akan melayani anak sendiri.

Setakat ini, video yang telah dikongsikan itu telah mendapat 1,500 tanda suka serta 97,000 jumlah tontonan.

Sumber

SUMBERKosmo Online

Comments