(VIDEO) Reaksi Nenek Hulur Duit Dan Sentiasa Mengingati Cucunya Undang Sebak Warga Maya

Reaksi nenek ketika memberi duit kepada cucunya.

Cucu-cucu yang membesar dengan atuk dan nenek adalah antara mereka yang bertuah kerana sifat mereka yang caring dan pemurah dengan selalu ajak makan di rumah mereka ataupun memberi wang ringgit. Sekali dapat duit dari mereka, bukan sikit tau.

Sifat pemurah mereka secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang mereka terhadap cucunya. Tular di aplikasi Tik Tok di mana seorang pengguna berkongsi video neneknya memberi wang kertas yang bernilai besar.

Menerusi perkongsian itu, jelas dilihat sudah menjadi kebiasaan neneknya menghulurkan duit kepada cucu tersayang. Menurut kapsyen, pada awalnya nenek sudah memberi RM 10 namun sekali lagi nenek menghulurkan RM50.

Gurauan neneknya dalam video itu bertukar menjadi sebak apabila dia mengatakan bahawa dia sentiasa mengingati cucu yang dibela semasa kecil. Sehingga kini, video itu meraih lebih 2 juta tontonan.

Advertisement
@official_senyumssAku nak menangis tapi aku tahan,doakan tokwan aku sentiasa sihat?? ##fyp ##fyp? ##esekeli

? nh?c n?n – Chill Uot Lofi

SUMBER

SUMBERTik Tok

Comments